Monday 28 March 2011

Krim Karamel Part 2

 
“Qasya.......Sebenarnya saya dah lama simpan perasaan dekat awak,sikap macho awak tu buat saya terpikat tau” ujar Tasya kepada aku dengan muka gediknya. Sungguh comel bila dia buat begitu. Geram je aku tengok kaum hawa buat muka begitu dekat aku. Tergugat iman bila diperlakukan begitu. Tangan Tasya mula menyentuh jari-jari kasar aku ni. Betul ke tidak dia ni, dah lah tiba-tiba luahkan perasaan dekat aku,buat aku nervous je perempuan ni. Tapi aku rasa sangat bahagia sebab dia yang start dulu.

“Kenapa awak diam Qasya, awak tak suka saya yer” sambung Tasya sambil melepaskan jari-jemarinya dari tangan aku. Tasya sudah buat muka muncung , marah la tu. Adeh, Aku memang tak pandai mengayat  budak perempuan,mencarut aku pandai la, gemuruh je rasa. Hilang la sifat macho aku nanti,huh

“Eh, ta...tak la. Mes...mestilah saya suka dekat awak. Awak kan cantik, siapa tak suka,hehehe” kataku dengan suspen tergagap. Ku lihat wajah Tasya kembali ceria selepas aku mula bersuara. Berpeluh aku cuba menjawab soalannya. Ini adalah kali pertama aku jatuh cinta dekat budak perempuan sepanjang hidup aku. Yang aku tau, mak aku dengan kakak aku je. Tapi aku bukan jatuh cinta OK. Kemudian kami berjalan di pantai sambil berpegangan tangan. Bahagia jangan cakap la,peh.

“Awak, saya nak kiss sikit boleh? Dekat pipi je,boleh yer” kata Tasya dengan suara manja itu. Aku terkejut dengan katanya, biar betul perempuan ni, tak malu ke. Aku apa lagi, merelakan adalah. Tengah-tengah syok perasan, tetibe aku rasa macam ada kaki kat muka aku. Kasar pula tu.

“Qasya...Qasya...bangun cepat la, dah pukul berapa dah ni. Cepat bangun mandi,pergi sekolah tu,lewat dah ni” Jerit Kak Lin kepadaku. Berani dia kejut aku dengan kaki dia, dia ingat aku ni apa,teddy bear yang boleh disepak terajang. Bangun-bangun ada kaki kat muka aku, apa jadah.Huh,kak Lin ni memang terkenal dengan sikapnya yang garang,tak ubah seperti kakak si Seiji Sawamura dalam cerita Midori Days tu, bahasa dengan perangai bukan main sopan lagi. Aku belek jam, pukul 6:40 pagi. Kepala otak dia lewat, aku boleh siap dalam 10 minit je la termasuk solat subuh, aishh, memang bikin aku ‘hot’ pagi-pagi ini. Habis semua mimpi indah aku tadi. Ya, aku mimpi je tadi, bukan betul pun,aku mengeluh,tapi rasa macam real je. Aku gosok gigi, gosok bulu-bulu,mandi, solat. Selepas itu, aku terus mengalas beg aku dan start enjin motor. Hari ini aku memang tak ada mood nak sarapan. Semua Kak Lin punya pasal lah. Walaupun perutku lapar sebenarnya tapi ku tahankan juga.

“Oi Qasya, tak nak makan ke? Kau ni,penat je aku dengan mak masak ni, betul tak nak makan? Tak nak sudah, kau punya pasal lah” cebik Kak Lin kepadaku.

“Lin, kau ni cakap la elok-elok sikit dengan adik kau tu, ini tidak. Kau tu perempuan Lin, karang tak ada siapa nak kahwin dengan kau baru tau” marah mak dekat Kak Lin. Kak Lin mula memuncungkan muka dan mulutnya. Buruk betul aku tengok dia begitu. Haha. Padan la sampai sekarang tak kahwin-kahwin,umur dah 26 tahun tapi perangai Ya Rabbi. Aku hanya tergelak je sambil memakai kasut converse ciplak beli dekat Petaling Street. Apa kes aku nak beli mahal-mahal.

******************************************************
Kelas 5 Beta

“Baiklah murid-murid,seperti yang kamu semua sedia maklum SPM sudah dekat, 3 bulan dari sekarang,jadi cikgu nak kamu belajar betul-betul. Jangan main-main ,ingat pesan saya. SPM ni la tentukan masa depan kamu. Lepas SPM, kamu nak merompak kamu punya pasal la,hehe. Saya gurau je, kamu jangan pula buat betul-betul.” Pesan cikgu Borhan selaku guru kelas 5 Beta. Semua orang mengangguk termasuklah aku. Aku sebenarnya lebih memikirkan pasal mimpi aku tadi,alahai indahnya. Tapi kenapa la dah nak SPM baru aku mimpi jiwang-jiwang ni. Arghh, tak guna betul. Kau ni pengacau la Tasya. 

Tetibe aku nampak budak-budak kelas 5 Alfa,kelas si Tasya lalu tepi kelas aku. Mesti baru balik dari makmal, kataku dalam hati. Di situ aku juga nampak Tasya, dengan senyumannya yang memikat hati, itu yang aku suka tu. Senyuman dia, manis siot.  Aku hentak-hentakkan kepalaku atas meja, aku cuba sedaya upaya melupakan wajah Tasya yang sangat comel itu, tetapi tingkah lakuku disedari Cikgu Borhan. 

“Ya Qasya, ada apahal kamu hentakkan kepala kamu dekat meja, tension sangat ke saya cerita pasal persediaan SPM ni?” ujar cikgu Borhan kepadaku. Oh tidak,  semua mata pandang ke arahku. Aku hanya tersengih sahaja. Daniel dan Naim pula mula buat memandang pelik sesame sendiri.

30minit kemudian..

“Weh, kau apasal dalam kelas tadi” Tanya Daniel kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Takkan aku nak cerita dekat depa yang aku minat dekat Tasya. Walaupun mereka ni best friend aku, tapi aku tak pernah cerita pasal perempuan dengan mereka, tak cool la nanti. Aku sedaya upaya tidak mencemarkan imej bajet cool aku tu.  

“Tak ada apalah, aku period.” Ujarku kepada Daniel dan Naim. Mereka berdua hanya tercengang mendengar jawapan yang diberi. Malas aku nak jawab pertanyaan mereka. Lebih baik aku ulang kaji pelajaran dari aku layan dua ekor monyet ni. 

"Tahi mu, Qasya. Weh, jangan lupa tau petang ni, pukul lima. OK?"  Daniel mengingatkan aku petang ni pergi memancing kat sungai. Huh, malasnya aku nak pergi memancing petang ni. Gerenti Kak Lin bebel lagi suruh aku study, tapi aku menganggukkan sahaja kepalaku ini. Mintak-mintak la hujan, tak payah la aku pergi memancing.

Sunday 27 March 2011

Krim Karamel Part 1



SEKOLAH

"Arghh, sakitnya perut aku ni. Time ni la pula dia buat hal,tak tahan tak tahan tahan, kena keluar juga ni" Keluhku sambil memegang perut berlari anak ke tandas berdekatan. Terasa macam nak bersalin pula gamaknya. Peh. 

“Eh Qasya, kau makan apa pagi tadi sampai sakit perut,mesti makananan haram kau curi kat kantin Kak Limah tu kan,kau ni masalah problem betul la bro” Jerit Daniel sambil gelak besar.  Aku dah Daniel memang kawan baik sejak kanak-kanak ribena lagi. Membesar bersama, gelak ketawa, kutuk mengutuk bersama. Semua benda bersama la kalau boleh. Kahwin orang yang sama? Oh tidak sama sekali. Apa kejadah.

“Adeh, pedihnya perut aku” ujarku lagi sambil megurut-urut perutku yang seramping Keira Knightly itu . Aku cuba mengingati apa yang aku makan malam tadi sampai sakit perut tahap gaban. “Ni mesti nasi lemak Kak Lin beli ni, mesti dah basi lepas tu bagi aku makan, celaka kau kak” ujarku dalam bahasa yang sopan dengan perasaan bengang. Azreena atau lebih mesra dipanggil kak Lin oleh adik lelakinya Qasya, iaitu aku, bermulut capang tak kena tempat.  Sialan betul la hari ini. 

***************************

RINGGGGGG* Kedengaran bunyi loceng sekolah berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 7:35 pagi, tapi kelibat Qasya masih tidak kelihatan lagi di sekitar kelas 5 Beta. Daniel dan Naim mula rasa tak senang duduk. Daniel mula bersuara. “Mana si Qasya ni, bapak lama melabur kat tandas tu, buat taik apa. Kelas dah nak start ni. Karang Harry Potter bebel pula, aku dah la menyampah gila kelas dia,peh” rungut Daniel yang masih menunggu kelibat Qasya yang tidak kelihatan lagi. Harry Potter atau secara tepatnya Cikgu Khamis B Jumaat, cikgu Sejarah kami. Itu lah gelaran yang digunakan terhadap cikgu tak bersalah itu. Dari jauh aku sudah Nampak Daniel dan Naim tu tengah tunggu aku lah tu, macam mat Gay bertenggek je aku tengok, berkepit sepanjang hari. 

“Yo geng, sori la beb, lega wehhh, nasib baik tak terkincit tadi” sambil menepuk-nepuk perut.  “Aku rasa aku makan nasi lemak basi la semalam, akak aku yang bagi. Tu yang sakit perut tu, paiseh betul la” sambungku lagi. Naim dan Daniel tergelak mendengar alasanku itu. “Apa gelak-gelak, tak kelakar OK, &*^% betul” ujarku lagi sambil mengacukan tangan aku yang dicebok sebentar tadi ke arah Daniel dan Naim. Amik bau ni buat tangkal.Kami bertiga ketawa.  Di sekolah itu, Aku ,Daniel dan Naim memang terkenal dengan sikap kami yang sukakan bahasa carut,Hu ha hu ha. Lagak seperti otai la kononnya tapi bila nak exam, terkial-kial juga cari buku rujukan. Daniel lah dalang yang suka mencarut, tak pasal-pasal aku dengan Naim dipengaruhi. Namun demikian, kami selalu dapat keputusan yang memberangsangkan bila exam. Study smart la katakan. Tahi mu.

Kemudian, kelibat Cikgu Khamis kelihatan di anak tangga tingkat 3 sekolah itu sambil membawa buku teks Sejarah Tingkatan 5. Di sebelah tangan kirinya dipegangnya rotan sebesar pemegang penyapu. Lagaknya tak ubah seperti Harry Potter tua yang membawa tongkat saktinya kehulur kehilir tanpa burungnya hantunya. Berkaca mata old skool, bermisai lebat macam Mat Kilau,berkemeja belang hitam putih, bertali leher macam nak menjerut leher gamaknya,berseluar slack jenama canggih (jenama baju sekolah). Walaupun Nampak selekeh tetapi beliau seorang yang tegas dalam kelasnya, rotan sebesar penyapu itu dihentakkan ke atas meja  bagi sesiapa yang berani tidur di kelasnya itu. Suaranya seperti harimau yang sedang mengaum kelaparan. Tiada siapa yang berani buat hal di dalam kelasnya

“Bagun semua, selamat pagi cikgu.....harry potter”   Tetibe kedengaran ayat Harry Potter di hujungnya. Semua memandang ke arah aku sambil menahan ketawa termasuklah Daniel dan Naim yang sudah tidak tahan tergelak sambil menekup tangan ke mulut masing-masng. Cikgu Khamis terdengar dan mula mendengus.

“ Apa kamu cakap QASYA??” ujar cikgu itu sambil memandang aku dengan mulut muncung 5 inci,dan aura mata membunuh itu.Dia kenal sangat dengan suara aku dan perangai tak beradabku itu.Aku tak sangka ayat itu terlepas dari mulutku yang semungil Angelina Jolie itu. Aku menepuk-nepuk dahi sambil buat muka seposen. Alamak ai, kena stay back la gamaknya ni. 

“Maaf cikgu” ujarku sambil menundukkan mukaku yang seinnocent Taylor Swift. Aura membunuh Cikgu Khamis itu memang dirasai. Seperti yang dijangka, Aku terpaksa stay back untuk detention daripada cikgu itu,aku sumpah beliau jadi katak baru tau. Aku memang  tak kisah pun dengan dendaan yang diberi, biasa sudah. Tapi hari ini memang hari yang malang bagiku. Kenapa?? Sesuatu menganggu fikiranku sebelum pergi kelas harry potter tadi. Eh eh silap, kelas cikgu khamis itu tadi. Selepas aku melabur dengan jayanya dalam tandas, ku lihat sekumpulan awek-awek bajet ‘hot’ di koridor kelas 5 Alfa. Salah seorang darinya telah menarik perhatianku. Ye, Natasya atau nama panggilannya Tasya gadis pujaanku sejak form 2, Orangnya lawa, cantik gebu tulus mulus, kalau dapat tak mahu aku lepas. Pasti aku santap habis-habisan. Eh sempat fikir 18sx pula time ni. Apa jadah. Aku baru 17 tahun. 

Dia menoleh ke arah aku dan mula menyapa ku dengan muka bajet kiut habis la kononnya. “ Eh mat romeo, i smell something fishy or something else? “ ujarnya sarkastik kepadaku. Cis, muka ayu tak kena dengan perangai,berlawanan betul. Kedengaran tawa gelak Tasya dan rakan-rakannya itu. Bengang je aku dengan perempuan ni, nasib baik perempuan. Kalau lelaki, memang sengaja mintak penumbuk free dari aku la tu.

“Aku berak, nak bau??” jawabku selamba sambil menunjukkan tangan yang dicebok tadi. Alangkah tak senonohnya aku ketika itu. Apa jadah aku tunjuk tangan aku pegang taik lepas tu acu dekat gadis pujaanku itu. Disebabkan nak lawan cakap dia, aku cakap merapu. Ades, Qasya-qasya patutla tak ada awek nak dekat kau. Gertakku dalam hati. Tasya dan rakan-rakannya buat muka eww eww . Nak cakap aku pengotor la tu. Pirah la sama kamu kalian. Ada aku peduli sama kamu. Namun aku memang peduli. Huh.

Bersambung...