Monday 28 March 2011

Krim Karamel Part 2

 
“Qasya.......Sebenarnya saya dah lama simpan perasaan dekat awak,sikap macho awak tu buat saya terpikat tau” ujar Tasya kepada aku dengan muka gediknya. Sungguh comel bila dia buat begitu. Geram je aku tengok kaum hawa buat muka begitu dekat aku. Tergugat iman bila diperlakukan begitu. Tangan Tasya mula menyentuh jari-jari kasar aku ni. Betul ke tidak dia ni, dah lah tiba-tiba luahkan perasaan dekat aku,buat aku nervous je perempuan ni. Tapi aku rasa sangat bahagia sebab dia yang start dulu.

“Kenapa awak diam Qasya, awak tak suka saya yer” sambung Tasya sambil melepaskan jari-jemarinya dari tangan aku. Tasya sudah buat muka muncung , marah la tu. Adeh, Aku memang tak pandai mengayat  budak perempuan,mencarut aku pandai la, gemuruh je rasa. Hilang la sifat macho aku nanti,huh

“Eh, ta...tak la. Mes...mestilah saya suka dekat awak. Awak kan cantik, siapa tak suka,hehehe” kataku dengan suspen tergagap. Ku lihat wajah Tasya kembali ceria selepas aku mula bersuara. Berpeluh aku cuba menjawab soalannya. Ini adalah kali pertama aku jatuh cinta dekat budak perempuan sepanjang hidup aku. Yang aku tau, mak aku dengan kakak aku je. Tapi aku bukan jatuh cinta OK. Kemudian kami berjalan di pantai sambil berpegangan tangan. Bahagia jangan cakap la,peh.

“Awak, saya nak kiss sikit boleh? Dekat pipi je,boleh yer” kata Tasya dengan suara manja itu. Aku terkejut dengan katanya, biar betul perempuan ni, tak malu ke. Aku apa lagi, merelakan adalah. Tengah-tengah syok perasan, tetibe aku rasa macam ada kaki kat muka aku. Kasar pula tu.

“Qasya...Qasya...bangun cepat la, dah pukul berapa dah ni. Cepat bangun mandi,pergi sekolah tu,lewat dah ni” Jerit Kak Lin kepadaku. Berani dia kejut aku dengan kaki dia, dia ingat aku ni apa,teddy bear yang boleh disepak terajang. Bangun-bangun ada kaki kat muka aku, apa jadah.Huh,kak Lin ni memang terkenal dengan sikapnya yang garang,tak ubah seperti kakak si Seiji Sawamura dalam cerita Midori Days tu, bahasa dengan perangai bukan main sopan lagi. Aku belek jam, pukul 6:40 pagi. Kepala otak dia lewat, aku boleh siap dalam 10 minit je la termasuk solat subuh, aishh, memang bikin aku ‘hot’ pagi-pagi ini. Habis semua mimpi indah aku tadi. Ya, aku mimpi je tadi, bukan betul pun,aku mengeluh,tapi rasa macam real je. Aku gosok gigi, gosok bulu-bulu,mandi, solat. Selepas itu, aku terus mengalas beg aku dan start enjin motor. Hari ini aku memang tak ada mood nak sarapan. Semua Kak Lin punya pasal lah. Walaupun perutku lapar sebenarnya tapi ku tahankan juga.

“Oi Qasya, tak nak makan ke? Kau ni,penat je aku dengan mak masak ni, betul tak nak makan? Tak nak sudah, kau punya pasal lah” cebik Kak Lin kepadaku.

“Lin, kau ni cakap la elok-elok sikit dengan adik kau tu, ini tidak. Kau tu perempuan Lin, karang tak ada siapa nak kahwin dengan kau baru tau” marah mak dekat Kak Lin. Kak Lin mula memuncungkan muka dan mulutnya. Buruk betul aku tengok dia begitu. Haha. Padan la sampai sekarang tak kahwin-kahwin,umur dah 26 tahun tapi perangai Ya Rabbi. Aku hanya tergelak je sambil memakai kasut converse ciplak beli dekat Petaling Street. Apa kes aku nak beli mahal-mahal.

******************************************************
Kelas 5 Beta

“Baiklah murid-murid,seperti yang kamu semua sedia maklum SPM sudah dekat, 3 bulan dari sekarang,jadi cikgu nak kamu belajar betul-betul. Jangan main-main ,ingat pesan saya. SPM ni la tentukan masa depan kamu. Lepas SPM, kamu nak merompak kamu punya pasal la,hehe. Saya gurau je, kamu jangan pula buat betul-betul.” Pesan cikgu Borhan selaku guru kelas 5 Beta. Semua orang mengangguk termasuklah aku. Aku sebenarnya lebih memikirkan pasal mimpi aku tadi,alahai indahnya. Tapi kenapa la dah nak SPM baru aku mimpi jiwang-jiwang ni. Arghh, tak guna betul. Kau ni pengacau la Tasya. 

Tetibe aku nampak budak-budak kelas 5 Alfa,kelas si Tasya lalu tepi kelas aku. Mesti baru balik dari makmal, kataku dalam hati. Di situ aku juga nampak Tasya, dengan senyumannya yang memikat hati, itu yang aku suka tu. Senyuman dia, manis siot.  Aku hentak-hentakkan kepalaku atas meja, aku cuba sedaya upaya melupakan wajah Tasya yang sangat comel itu, tetapi tingkah lakuku disedari Cikgu Borhan. 

“Ya Qasya, ada apahal kamu hentakkan kepala kamu dekat meja, tension sangat ke saya cerita pasal persediaan SPM ni?” ujar cikgu Borhan kepadaku. Oh tidak,  semua mata pandang ke arahku. Aku hanya tersengih sahaja. Daniel dan Naim pula mula buat memandang pelik sesame sendiri.

30minit kemudian..

“Weh, kau apasal dalam kelas tadi” Tanya Daniel kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Takkan aku nak cerita dekat depa yang aku minat dekat Tasya. Walaupun mereka ni best friend aku, tapi aku tak pernah cerita pasal perempuan dengan mereka, tak cool la nanti. Aku sedaya upaya tidak mencemarkan imej bajet cool aku tu.  

“Tak ada apalah, aku period.” Ujarku kepada Daniel dan Naim. Mereka berdua hanya tercengang mendengar jawapan yang diberi. Malas aku nak jawab pertanyaan mereka. Lebih baik aku ulang kaji pelajaran dari aku layan dua ekor monyet ni. 

"Tahi mu, Qasya. Weh, jangan lupa tau petang ni, pukul lima. OK?"  Daniel mengingatkan aku petang ni pergi memancing kat sungai. Huh, malasnya aku nak pergi memancing petang ni. Gerenti Kak Lin bebel lagi suruh aku study, tapi aku menganggukkan sahaja kepalaku ini. Mintak-mintak la hujan, tak payah la aku pergi memancing.

No comments: